Sabtu, 19 Februari 2011

pertanyaan allah swt.

PERTANYAAN ALLAH YANG HARUS DIJAWAB DENGAN
TAUBAT Dalam sebuah hadis qudsi yang dikutip dari buku
Durratun Nasihin, Allah SWT berfirman yang
bermaksud: "Wahai putera puteri Adam! Sungguh , maut akan
mengungkap segala rahsia yang terpendam dalam
diri kamu di hari kiamat akan memberitahukan berita-
berita tentang dirimu dengan buku catatan masing-
masing oleh kerana itu , apabila kamu hendak
melakukan sesuatu dosa maka janganlah kamu lihat dari kecilnya dosa itu akan tetapi lihatlah kepada
siapa kamu berbuat dosa. Apabila kamu
dianugerahkan rezeki yang sedikit maka janganlah
dilihat dari sedikitnya rezeki itu akan tetapi lihatlah
siapa yang memberikan kamu rezeki. Jangan kamu meremehkan doa yang kecil kerana
kamu tidak tahu dengan doa mana kamu akan
memperoleh murka-Ku dan akan bebas dari tipu
daya-Ku.Sesungguhnya tipu daya itu , lebih halus dari
suara semut yang berjalan di atas batu hitam. Pada
malam yang gelap gelita. Wahai putera puteri Adam! Apakah kamu ingat akan murka-Ku ketika kamu
langgar perintah-Ku dan selepas itu membuatkan
kamu terhenti ? Apakah telah kamu tunaikan amanah
yang telah dibebankan kepadamu ? Apakah kamu
telah berbuat baik pada mereka yang berlaku buruk
kepadamu ? Apakah kamu memberi maaf kepada orang-orang yang menganiayaimu ? Apakah kamu
ajak bicara orang yang telah meninggalkanmu ?
Apakah telah kamu lakukan hubungan silaturahim
terhadap orang yang telah memutuskan hubungan
silaturrahim darimu ? Apakah telah kamu sedarkan
orang yang telah mengkhianatimu ? Apakah telah kamu tanya kepada para ulama tentang urusan
agama dan duniamu ? Sesungguhnya Aku tidak melihat pada bentuk rupa
lahiriahmu. Tapi aku lihat pada isihati dan niat-niatmu.
Oleh kerana itu bertaubatlah . Maka Aku rela
kepadamu.